Payah.

Hati kalau dicaci memang payah jadi nya.
      Kenapa mahu berseronok di luar di dalam pula bagai kertas ronyok?

Kau sebenarnya busuk hati.

Dia meratah belakang aku perlahan lahan.
      Kemudian di senyum nya sinis.
Dia fikir aku tidak tahu belakang tabirnya.
      Padahal, seekor semut berlingkar pun aku tahu wujudnya.
Jadi, aku dah gigih semula berblogging sebab aku mengada ngada lepas tengok cerita Aku Tak Bodoh. Boleh tahan jugak lah movie tu. Well at least cerita tu ada moral. Tak ada lah aku rasa macam tengok cerita Khurafat. Menguap aku. Tak takut lansung. Bagi aku, kalau nak jadi kan cerita interesting, kena lah masukkan hero hero yang handsome. Handsome sampai aku cari Facebook diorang. Haha! Biar tak famous, asalkan handsome/cantik! Ini tak, balik balik Aaron Aziz, Iqram Dinzly. Macam dah tak ada muka lain. Suka sangat nak bagi aku menguap. Taruk lah muka macam Enchong Dee ke ehhhh ehem ehem.Ya Allah, handsome betul dia.


Tengok biar sampai muka aku macam ni. Wowz!

Hati gajah sama dilapah, hati manusia?

Ohh ye ye, bulan puasa sekarang ye? Pukul berapa siap siap nak pergi bazaar ramadhan? Berapa banyak duit dalam poket? Berapa jari kebas pegang banyak banyak plastik? Ohh, banyak eh? Bila time nak pergi terawih semua tersipu sipu tunduk malu cover perut boroi. Podah.

Aku rasa ramadhan tahun ni lambat sikit feel dia. Kalau tak, hari ke 5-6 puasa aku dah dapat feel dah. Feel pergi terawih pehh gigih lagi. Itu belum makcik surau tanya aku berapa ringgit bapak aku jual anak sawit tengah tengah baca doa. Itu belum lagi makcik surau seng seng lengan baju pastu dok bising "paneh lah, paneh lah". Ha? Paneh tu apa? Panas lah ngos. Sebab tu aku suka pergi masjid dari pergi surau. Dekat masjid semua muka opah opah tekun solat. Aku pun boleh terus berlagak menantu idaman 2011. Pehh pehh pehh. Itu belum lagi meleleh air liur tegok Rain makan minum. Ajak puasa sekali, dia buat muka senget. Menguji kesabaran punya kucing.

Pehh, ni aku emo ni. Baru hari ke 10 puasa. Dah aku tak sabar nak raya. Pehh pehh pehh. Ohh sekarang aku boleh enjoy. H/w pun tak ada. Sebab sekarang Sense Of Urgency untuk budak SPM. Jangan tanya aku lah apa benda tu. Aku malas nak explain. Puasa kan. Semua benda jadi malas.

Memang sekarang aku jadi queen. Anak bongsu kan. Nak makan apa tunjuk je. Al maklumlah, abang kakak dah kerja. Tinggal aku sorang kat rumah. Kalau aku takde, hmpphh, sembang sorang sorang lah mak aku nampak nya. Dengan siapa dia nak gaduh? Dengan siapa? Cakap sikit dengan siapa? *buat muka riak sikit. sikit je.* Gaduh dengan Rain? Silap silap kau nampak dia dekat pasar tengah curi ikan siakap.

Sudah lah. Bulan puasa kita tak boleh lagho. Kau tahu lagho? Ehh, makin lagho aku nampaknya. Bye bye chicken chop.

Huh?

Chicken chop?

Ehh?

Ohh, jadi semalam bola lah ye? Hmm, hmm, hmm bola dah kalah lah ye? Hmm, hmm