Diari Seekor Kucing.

Dear diary,

Nama kita Rain. Bulu kita warna putih dengan oren. Ish, senang cerita, bayang kan aje lah sendiri rupa kita yang handsome ni. Kita dijumpai oleh tuan kita yang belajar kat UTP. Bukan nya tuan empunya blog ini. Kita dijumpai masa kita baru lahir dalammmm 2 minggu cenggitu lah. Hish, mana lah kita nak ingat. Masa kecik kecik kita duduk dekat UTP dengan 12 orang gadis dalam satu rumah. Psst psst kita jantan tauuuu. Hehehe. Kita seronok. Seronokkkkk seronokkk. Sekali sekala kita balik rumah tuan kita. Masa dekat rumah tuan kita tu lah kita jumpa dengannnnnnn ish, tak nak lah sebut. Kang tak dapat makan. Sobs. OKAY LAH OKAY LAH, SEBUT LAH JUGAK. Masa tu lah kita jumpa dengan Jaja. Setiap kali dia pegang kita yang handsome ni, kita rasa gerun di jiwa. Hish, tak boleh cerita banyak banyak. Kang kita kena tidur luar. Tak boleh tidur atas katil bawah air-cond. Sobs sobs.

Kita duduk kat UTP lama lah jugak. Masa tuan kita internship, kita kena duduk rumah sebab tuan kita intern dekat je dengan rumah. Masa tu lah kita berkenalan dengan kucing kucing kampung. Al maklumlah tuan kita duduk dekat kawasan kampung indah permai aman sentosa gituew ahaks. Kucing kucing kampung kat sini semuanya dengki binti jeles tengok kita sebab kita ada rantai Habib Jewel kat tengkuk. KAU ADA? TAKDE KAN? Mula lah kita riak ingat kan dengan bantuan rantai Habib Jewel dan perut gemuk kita ni, ramai lah aweks aweks nak ikut kita. Macam bila kita ngorat kucing betina kan, kita mesti buat muka player pastu angkat kening sebelah sambil misai pacak pacak pastu tanya aweks aweks tu "hai, nak ikut i tak?" Kemain semua kerek gila. Kita kena dump. Ohh bullshit. Kita tak boleh hidup tanpa aweks disisi kerana kita kan AwEk$ 4eVeR. Tu trademark kita, jangan tiru.

Setelah 3 tahun hidup di muka bumi, kini ku pulang ke rumah dengan penuh luka di badan. KITA KAN JANTAN SEJATI SEBAB TU PENUH LUKA DI BADAN AGAR NAMPAK LEBIH SEJATI. PASTU KITA PUN NYANYI LAGU SEJATI SAMBIL MINUM KOPI JANTAN YEYEH YEYEH. Haa jangan main main dengan kitaaa. Kita jantan sejati tauuuu. Sekian saja diary kita pada hari ini.

Yang Benar,
kucing-berbulu-putih-oren-dan-macho

Play/Station; Aku harap Jaja aku tak sedar yang aku stalk blog dia dan siap tulis diary lagi kat sini. Dia tu garang yomaigod yomaigod. Selalu marah kita. Jangan bagitahu dia tau. Promise? Okay, promise.

No comments:

Post a Comment