Hai, saya tiada perasaan.

Aku pernah berkawan dengan seorang manusia yang heartless. Suatu ketika dahulu. Dia seorang lelaki. Okay, tu cerita lama. Tak mahu ungkit. Rasa macam yekk yekk nak muntah bila ingat balik. Jadi, bagaimana anda meng-handle (bahasa apa aku guna ni?) seorang manusia yang heartless? Haa macam mana? Macam mana? Frankly cakap, aku failed. (sila ambil sapu tangan lalu nangis)

Bagi aku, manusia yang heartless ni kebiasaannya berpunca dari ibu bapa mereka sendiri. Okay, tak elok main mak ayah. Kita main benda lain. Manusia yang bersikap begini kebiasaannya mereka sentiasa dapat apa yang mereka mahukan. Faham tak? Tak? Maksudnya di sini, kalau dia nak duit, dia dapat. Kalau dia nak barang branded, dia dapat. Kalau dia mahukan perempuan, dia dapat. Kalau dia mahukan lelaki, dia dapat. Dan jika mereka dapat yang lebih baik dan lagi latest, mereka akan tinggal kan yang lama. Sebab mereka yakin, kalau mereka buang yang ini, mereka akan dapat yang baru. Mereka tak pernah rasa kecewa.

Orang yang macam ni biasa nya tak tahu menghargai. Kau bagi lah apa pun, lepastu kau sendiri rasa nak pang dia. Kalau kamu terasa, nampak sangat kamu ni heartless. Aku tak nak cakap lebih lebih. Kang jadi isu pulak. ISU YE, BUKAN TISU.

Okay lah. Bye. Salam.

Play/Station; Sebenar nya aku tak pernah kisah orang tiru aku. Sikit pun tak. Secalit air liur pun tak kisah. Kau tak mengaku yang kau peniru pun aku tak kisah. Bye bye bye bye bye bye bye.

2 comments: