Diari Seekor Kucing.

Dear diary,

Nama kita Rain. Bulu kita warna putih dengan oren. Ish, senang cerita, bayang kan aje lah sendiri rupa kita yang handsome ni. Kita dijumpai oleh tuan kita yang belajar kat UTP. Bukan nya tuan empunya blog ini. Kita dijumpai masa kita baru lahir dalammmm 2 minggu cenggitu lah. Hish, mana lah kita nak ingat. Masa kecik kecik kita duduk dekat UTP dengan 12 orang gadis dalam satu rumah. Psst psst kita jantan tauuuu. Hehehe. Kita seronok. Seronokkkkk seronokkk. Sekali sekala kita balik rumah tuan kita. Masa dekat rumah tuan kita tu lah kita jumpa dengannnnnnn ish, tak nak lah sebut. Kang tak dapat makan. Sobs. OKAY LAH OKAY LAH, SEBUT LAH JUGAK. Masa tu lah kita jumpa dengan Jaja. Setiap kali dia pegang kita yang handsome ni, kita rasa gerun di jiwa. Hish, tak boleh cerita banyak banyak. Kang kita kena tidur luar. Tak boleh tidur atas katil bawah air-cond. Sobs sobs.

Kita duduk kat UTP lama lah jugak. Masa tuan kita internship, kita kena duduk rumah sebab tuan kita intern dekat je dengan rumah. Masa tu lah kita berkenalan dengan kucing kucing kampung. Al maklumlah tuan kita duduk dekat kawasan kampung indah permai aman sentosa gituew ahaks. Kucing kucing kampung kat sini semuanya dengki binti jeles tengok kita sebab kita ada rantai Habib Jewel kat tengkuk. KAU ADA? TAKDE KAN? Mula lah kita riak ingat kan dengan bantuan rantai Habib Jewel dan perut gemuk kita ni, ramai lah aweks aweks nak ikut kita. Macam bila kita ngorat kucing betina kan, kita mesti buat muka player pastu angkat kening sebelah sambil misai pacak pacak pastu tanya aweks aweks tu "hai, nak ikut i tak?" Kemain semua kerek gila. Kita kena dump. Ohh bullshit. Kita tak boleh hidup tanpa aweks disisi kerana kita kan AwEk$ 4eVeR. Tu trademark kita, jangan tiru.

Setelah 3 tahun hidup di muka bumi, kini ku pulang ke rumah dengan penuh luka di badan. KITA KAN JANTAN SEJATI SEBAB TU PENUH LUKA DI BADAN AGAR NAMPAK LEBIH SEJATI. PASTU KITA PUN NYANYI LAGU SEJATI SAMBIL MINUM KOPI JANTAN YEYEH YEYEH. Haa jangan main main dengan kitaaa. Kita jantan sejati tauuuu. Sekian saja diary kita pada hari ini.

Yang Benar,
kucing-berbulu-putih-oren-dan-macho

Play/Station; Aku harap Jaja aku tak sedar yang aku stalk blog dia dan siap tulis diary lagi kat sini. Dia tu garang yomaigod yomaigod. Selalu marah kita. Jangan bagitahu dia tau. Promise? Okay, promise.

Tak tahu.

Dah lama tak login Facebook/Skype/ooVoo/YM/MSN etc. Tak tahu handphone letak dekat mana. Tak tahu apa jadi dekat surroundings. Tak tahu apa kena dengan diri sendiri. I'm sorry.


Play/Station; Sekarang tengah gila YouTube. Haha gila pergi tengok.... tak nak cakap. Bukan porn view. Jangan salah faham pulak. Lepas tengok Il Divo sumpah aku lapar. Bye, nak pergi bina badan macam kucing aku.

Propaganda.

I appreciate the value of friendship,
             when they don't throw to me any shit.

Hehehe

Di kala kita sedang bergelumang dengan dosa dosa duniawi zzzz tertidur aku. Poyo gila ayat. Tapi betul lah, di kala kita sedang bergelumang dengan dosa dosa duniawi kita tak sedar barangkali Allah sedang tengok kita. Maka, bangun lah anda dari tidur yang lena. Jika anda rasa "sucks nya hidup kiteww wuu wuu wuu", ingat lah ada yang lebih teruk dari anda. Jika anda rasa hidup anda sucks, makna nya Allah pandang pada kamu. Jadi, ingat lah Allah selalu. BUKANNYA KENANG KU DALAM DOA MU KE HAPE EEE GELI MAKKKK. Okay, sudah. Jangan tiba tiba berangan nak jadi sasterawan negara di sini ye aku. Ye.

Kita masih hangat lagi membicangkan tentang topik Fashion ye tuan tuan dan puan puan. Eee kau ni, tak habis habis. Okay semua relax. Walaupun aku buta fashion, TAPI JANGAN INGAT AKU TAK ADA MATA UNTUK LIHAT SEKELILING SEPERTI FACEBOOK EHH SILAP. FB, BLOG, LOOKBOOK, NOTEBOOK, NOTEBOOK SCIENCE, NOTEBOOK SEJARAH DLL. -.- Kita sekarang berada di dalam anti-crap mode ye aku. Ye.

Dalam dunia ni aku tengok manusia paling senang adalah lelaki. Haha. Ye, awak. Lelaki di hujung sana tu. Okay bye. Kenapa aku cakap lelaki? Sebab;

  1. Mereka tak perlu trim kening, shave bulu kaki, ketiak dan sebagai nya. (HAHAHAHAHA)
  2. Meraka tak perlu fikirkan berat badan (segelintir)
  3. Mereka tak perlu susah sangat fikir pasal aurat sebab senang aurat mereka dari pusat hingga lutut. (tapi ada je lelaki yang tak mampu nak tutup keseluruhan ye dak?)
  4. MEREKA TAK PERLU PAKAI REBEN BESAR DEKAT KEPALA UNTUK NAMPAK "AWWW GORJES NYA MAKKK. GORJESS SANAD SANAD"
  5. Mereka tak pernah berdiri depan cermin pastu cakap "OH MY GODDD ADA PIMPLES SIOTT" (mungkin segelintir ada)
  6. Tak perlu pakai ketat ketat untuk tunjuk that they have an ideal body so marry me baby. MARRY MEEEEE! Alert! Alert! Anti-crap mode! Anti-crap mode!


Setakat ni, itu je lah yang aku perasan. Diorang tak ada complicated life. Tak macam perempuan. YEEE TAHUUU TAHUUU, AKU PUN PEREMPUAN JUGAK. HISHH. Aku dah tak tahu nak tulis apa. Maka, bye.

Di sini saya ingin mendendang kan sebuah lagu yang bertajukkkkk OKAY BYE!

Penat.

Mana aku duduk pun, akan end up dengan sorang sorang.
Penat.

Hai, saya tiada perasaan.

Aku pernah berkawan dengan seorang manusia yang heartless. Suatu ketika dahulu. Dia seorang lelaki. Okay, tu cerita lama. Tak mahu ungkit. Rasa macam yekk yekk nak muntah bila ingat balik. Jadi, bagaimana anda meng-handle (bahasa apa aku guna ni?) seorang manusia yang heartless? Haa macam mana? Macam mana? Frankly cakap, aku failed. (sila ambil sapu tangan lalu nangis)

Bagi aku, manusia yang heartless ni kebiasaannya berpunca dari ibu bapa mereka sendiri. Okay, tak elok main mak ayah. Kita main benda lain. Manusia yang bersikap begini kebiasaannya mereka sentiasa dapat apa yang mereka mahukan. Faham tak? Tak? Maksudnya di sini, kalau dia nak duit, dia dapat. Kalau dia nak barang branded, dia dapat. Kalau dia mahukan perempuan, dia dapat. Kalau dia mahukan lelaki, dia dapat. Dan jika mereka dapat yang lebih baik dan lagi latest, mereka akan tinggal kan yang lama. Sebab mereka yakin, kalau mereka buang yang ini, mereka akan dapat yang baru. Mereka tak pernah rasa kecewa.

Orang yang macam ni biasa nya tak tahu menghargai. Kau bagi lah apa pun, lepastu kau sendiri rasa nak pang dia. Kalau kamu terasa, nampak sangat kamu ni heartless. Aku tak nak cakap lebih lebih. Kang jadi isu pulak. ISU YE, BUKAN TISU.

Okay lah. Bye. Salam.

Play/Station; Sebenar nya aku tak pernah kisah orang tiru aku. Sikit pun tak. Secalit air liur pun tak kisah. Kau tak mengaku yang kau peniru pun aku tak kisah. Bye bye bye bye bye bye bye.

Cubit cubitan

Eee geli aku, tajuk pun dah gila. Ehh silap bukan "eee" tapi "euww".

"Euww mak niii, takde taste kerrr? Sakit hati kita tau"
"Euww kau nyah. Aku cili cili mulut nyah karang. Amboiiiiiiiii"
"Nyah, nyah makan benda ni nyah? Euww tak takut gemuk kerrr?"
"Eww apa panggil kita nyah ni? Panggil lah kita mak. Hihihi mak sukerrr. Mak sukerrr"

Dah naik bulu roma aku. Aku selalu marah diri sendiri pastu cakap "BOLEH TAK KAU CONTROL DIRI SENDIRI BILA JUMPA MAK AYAM KE MAK NYAH KE MAK ANDARTU KE MAK MENTUA KE." Sorry ter over pulak. Amboi aku dah speaking omputih. Apa sorry sorry?

Aku teringin nak berkawan dengan mak nyah you olzzz. Sebab masa aku tengok tv haritu kan, ada mak nyah ni aku tengok dia seolah olah HA? SEOLAH OLAH? Okay, gila. Mak nyah ni kan, dia macam faham tau sanubari hati perempuan ni. Yelah, dia pun lembut, perempuan pun lembut, tapi aku lagi lembut. Okay bye kau orang gila. Aku rasa aku lagi suka tengok lelaki yang pemalu. Kira macam calon suami nanti aku nak yang pemalu lah senang. Bukan pemalu yang macam "HUHU I MALU LAH. YOU JE LAH YANG PERGI BAYAR. I MALU DENGAN KAKAK CASHIER TU. HUHU." Tu memang nak kena siat dengan aku tu. (Ceh, macam berani je)

Lelaki yang kelakar dan tahu hormat perempuan dan ibu bapa serta mempunyai akal dan tidak merokok adalah lelaki idaman sejak Tingkatan 4. Dulu aku kurang matang maka tengok lelaki semua nya sama macam abang sendiri. Disebabkan abang aku adalah seorang lelaki yang tiba tiba tersekat tengah tengah antara kakak dan adik perempuan, kau jangan ingat mak aku didik dia jadi auww tauuuuuu. Jangan main main dia adalah seorang lelaki tegar. Perempuan yang mintak couple dia tepis awal awal. Bukan Awal Ashaari tau. Abang aku juga merupakan seorang lelaki tegar yang tidak merokok Alhamdulillah. Walaupun bapa sendiri merokok. Sebab tu bibir abang aku macam pakai lip ice. Goli den. Kalau lihat luaran, anda mungkin katakan bahawa dia seorang lelaki jambu batu. Okay tak tak. Lelaki jambu. Jambu sehingga kan mak nyah tengok dia pun rasa tergugat. Ye, dia pernah dingorat mak nyah. AKU PUN APA LAGI HAHAHAHAHHAHAHAHAH HOHOHOHOHOHOOHOHHO HEHEHEHEHEHHEE WOIHOIHOIHOI.

Aku rasa geli pulak dah puji abang sendiri.

Sekian saja, Wassalam.




OKAY NAH, JAMBU FOR SALE!

Gigi saya kuat umpama tak payah pakai Polident.

2 hari yang lepas ya pak, aku baru aja pulang dari ketemu doktor gigi. Ehh, kenapa aku cakap indonesia ni? Goli den. Ye, aku baru jumpa dentist 2 hari lepas. Sebab apa tak payah tahu. ENTAH APA APA AKU NI, CAKAP PERGI JUMPA DENTIST TAPI TAK BOLEH TAHU KENAPA. BAIK TAK PAYAH BAGI TAHU. Okay, gila.

Tunggu nak masuk tu memang AKU SEMPAT BUAT KUIH BENGKANG LAH LAMA GILA NAK MAMPUS. Then, dah lepas sejam tu, aku pun dijemput dengan segala hormat nya. Dia suruh duduk. Doctor tu early 50 dan dia cakap "I have strong teeth." DO I LOOK LIKE I CARE DOCTOR? Ehh maaf. Ter emo pulak. Sebab tunggu lama sangat. Maaf maaf. Dia buat separuh gigi aku, then dia check gigi orang lain pulak. Kalau kau, kau emo tak? -.- Kalau aku, aku emo. Nasib baik tak pakai baju hitam putih sebab nak menunjuk kan betapa emo nya aku. Ehh, dah merepek. Maaf.

Lepas patient dia dah balik, tinggal lah aku sorang dalam tu. HAPE? TINGGAL AKU SORANG?! Misteri tak bunyi? hehe. Tinggal aku, doctor, dua orang nurse. Doctor ni demand gila, nak nurse ssampai dua orang. Ciss. Haa lepastu kan, lepastu kan, dia check check check gigi aku, dia kata dgtgfhsdilfuhsiehr (rahsia). Tu yang dia sibuk kata "This year I'm 5++ and I have strong teeth" Siap tunjuk gigi dia lagi, aku pun dah macammmmmmmmmm.........

Pastu dia tanya aku, "Can you speak in English?" aku reply "err yeah" pastu doctor tu cakap "owh, it's good for you then, cause many of my malay patient doesn't know how to speak in English so I have to speak in Malay bla bla bla bla bla bla" Serious dia memang kuat beleter. Pasal anak dia kat Australia lah, pasal patient dia lah. Pasal nurse dia lah. DAN 3 KALI JUGAK DIA TANYA "HOW OLD ARE YOU?" DAN TIGA KALI JUGAK AKU JAWAB "I'M 17, DOCTOR" Takpe, dia memang dah tua pun.

Masa dia nak buat something kat gigi aku tu kan, haha memang misteri, buat somethingggg... Heeeehehehe. Hah, masa dia nak check check gigi aku tu kan, dia cakap "If you feel any pain, you just have to raise your hand or do whatever lah." Aku pun angguk je lah. Masa dia buat tu kannnnn, memang makkkkk, sakit gilaaaa. Tapi aku diammm je. Pastu nurse tu tanya, "Tak sakit ke dik?" Aku pun angguk lah. Pastu dia tanya "Kenapa tak angkat tangan" Aku diam je. Pastu doctor tu cakap "If she can stand then it's good. Hehe" HAHAHAHAHAHAHAHA GILA PUNYA DOCTOR. Sebenar nya aku takut kalau aku raise my hand, aku ter tampar muka dia. haha. Haa dah, lepastu aku tak nak cerita dah apa jadi.

Aku just nak cerita betapa dah lama gila tak pergi jumpa dentist. Serious dah lama gila. Jumpa pun masa kat sekolah je. Dan memang jumpa dentist ni sangat "menyeronokkan". Harus catat dalam diary ni. Okay bye.

Play/Station; Sekarang aku dah boleh buat iklan Colgate. Cheeeesssseee!

Siapa dahsyat?

Sebenarnya aku ada masalah nak eja "dahsyat" ke "dasyat" ahh apa apa lah. DAN AKU PUN ADA MASALAH DENGAN LAPTOP KECIK NI NAK BACKSPACE ASYIK TERTEKAN BENDA LAIN HISH SAHBAR JEH LAH HAKU! Ehh, ter sengau pulak. Maaf. Sekarang semua sibuk dengan Ini Anwar Hadi. Kenapa aku tak rasa apa apa pasal dia? Ohh, lupa nak bagi kredit dekat orang tu. Aku kenal Ini Anwar Hadi sebab Kyra budak form 2 dekat sekolah aku bagitahu. Apa kata kita tukar "bagitahu" ke "beritahu"? Okay, geli. Berbalik kepada Ini Anwar Hadi, kewnapew owang cakarp diew tawk hensem? Ehh, ter tiru Ini Anwar Hadi pulak. Maaf. Bagi aku lelaki macam ni, aku nampak dia cute. Tak, bukan aku menggatal atau nak menggesel, atau nak menggaru. Bukan bukan bukan. Kaw sajew jew nawk nampark kan pewrangai akuw buwruk kawn? Ehh, ter tiru lagi. Maaf maaf maaf. Aku rasa dia cute sebab bukan semua lelaki mampu buat macam Ini Anwar Hadi buat. Kan? Ke aku sorang je yang perasan? Musykil musyil. Dan bukan semua lelaki mampu ber blogging. Kan? Ke aku sorang je yang perasan? Apa apa lah.

Tukar topik mari.

Sebenarnya, aku tiada masalah dengan perempuan pakai sneakers dan berbaju kurung. (Aku pernah buat sekali. Sekali je, sungguh!) Aku tiada masalah dengan perempuan pakai slack/jeans dan berbaju kebaya. Ramping makkk. Pastu pakai skinny. Fusyohh ramping makkk. Kesian aku seumur hidup tak pernah ada kebaya, tak boleh nak buat fashion crime. Dan aku sebenarnya berterima kasih kepada Puan Mama kerana tak pernah kasi aku pakai kebaya semasa kecil kerana aku tengok budak kecil yang memakai kebaya sangat lah aku terasa seperti mahu pengsan. Buruk. Terima kasih sekali lagi ibuku.

Tukar topik mari.

Aku tak suka tengok lelaki yang terlalu suka ber fashion. Kerana bagi aku, kau bukan lelaki sejati. Aku lebih suka melihat lelaki memakai t-shirt, straight cut jeans dan sneakers. Atau pun lelaki yang memakai, kemeja, staright cut jeans dan sneakers. Cukup. Kau nampak hot bagi aku. Bagi aku je lah. Tak payah lebih lebih dengan pakai cermin mata besar walaupun tidak rabun. Memakai handbag walaupun hanya isi dompet dan handphone pula letak dalam pocket. Biasa nya kalau lelaki yang pakai sebegini, aku, abang dan kakak aku akan hehehehe hahahahaha hohohoho cihihihi hua hua hua har har har woihoihoihoihoi etc. Dan aku geli tengok lelaki pakai skinny apalagi perempuan.

Tukar topik mari.

Perempuan yang suka ber fashion ni memang lumrah alam. Hukum alam pun tak boleh nak tolak. Memang perempuan macam ni. Tak kira cantik atau tidak. Tak kira ramping atau tidak. Kau tengok lah, video "How To Wear Hijab Like Me" dekat YouTube memang berjuta juta walaupun semua pakai lebih kurang sama je. Tapi kau tengok, ada tak yang pakai menutup dada tak pun senang cerita yang ikut syarak Islam lah senang. Ada? Ada? Kalau ada please bagi aku link dia. Alhamdulillah ada jugak yang sedar. Bagi aku, mereka tak layak panggil "hijab" sebab hijab ni dalam Islam suatu perkara yang menutup dari rambut, tengkuk sehinggalah ke paras dada. Tak payah nak bangga sangat lah orang ikut kamu. Sebab kamu pun pakai tak ikut cara Islam, pastu mereka tiru pulak cara kamu. Banyak sangat ke pahala kamu nak tanggung dosa dosa beribu ribu orang yang tiru cara kamu? Astaghfirullahalazim, siapa lah aku nak menghukum orang. Maaf.

Sekarang kita tengok siapa dahsyat yang mampu buat satu entry pelbagai topik? Aku ke kamu? hue hue hue hue hue. Bye :D