Sejauh mana?

Sejauh mana lagi kita nak malu dengan diri kita?


Seronok dengan perkataan fake dalam diri


Stress out dengan sekeliling


Hanya untuk jadi perfect macam orang lain.


Mana identiti diri kita sekarang?

Ye, begitulah nampak nya.

Mak aku pernah cakap, kalau nak tahu peribadi seseorang tu, tengok cara berpakaian dia. Tengok cara percakapan dia. Tengok cara penulisan dia. Sebab semua tu memainkan peranan penting. Mula mula tu aku adalah lembap sikit apa benda mak aku cakap ni. Bila dah terbukak sikit dengan dunia luar. Ohh, baru aku faham.

Kakak aku pernah cakap dekat aku yang dekat dunia ni ramai je yang obsessed dengan diri sendiri. Mula mula tu aku tak dapat terima jugak lah. Sebab naive kan. Dalam otak mesti fikir, ada ke orang yang macam tu? Yelah, cara kita berfikir, mana sama dengan orang lain berfikir. Macam kau suka Stacy, kau ingat semua orang ke suka dia? Macam kau fanatik dengan cerita KL Gangster, kau ingat semua orang suka ke tengok cerita tu? Tak kan? Semua orang ada taste masing masing. Kalau tak, takkan lah ayat "Kau ni takde taste betul lah." tercipta.

Kau kenal Cik Epal? Masa first time aku tengok gambar dia, otak aku automatic terfikir, "apa masalah dia nak pakai macam ni ni?" First impression tu penting. Macam kau pergi interview nak mintak kerja lah. Kalau kau pakai tudung saji kau ingat ada orang nak hire kau ke? Mesti orang ingat kau tak betul. Berbalik kepada Cik Epal kita. Orang macam tu kita boleh categorised kan sebagai orang yang obsessed dengan diri sendiri. Tengok blog dia pun dah cukup serabut. Tengok pulak Shea Rasol ke apa entah nama dia. Tengok pulak Maria Elena. Tengok pulak... oi, kau ingat ni Pop Kuiz ke? Tak pun Kata Kau. (Nampak sangat aku tengok. Tett. Hehe) Kau tengok pulak Teacher Shida dari Parit. Masa first time aku bukak video dia, aku memang terkejut gila. Pastu terus aku close tab. Aku malu. Walaupun aku tak ada talian darah dengan dia. Itupun dah dikira sebagai obsessed dengan diri sendiri.

Aku tak nafi, diorang ni memang ramai fans. Berpuluh puluh ribu kalau nak dibandingkan dengan aku alahai, ciput gila. Tapi sometimes kita kena ingat, se-obsess mana pun kita dengan diri kita, se-famous mana pun kita dengan ramai fans, kita tetap tak ke mana. Orang memang suka tengok kita buat benda bodoh. Orang memang suka tengok kita cantik. Tapi bila kita susah, kau ingat fans fans kau tu ada ke nak datang tolong? Eh eh yang aku emo semacam ni kenapa? Hahaha.

"Bagaimana kamu ingkar kepada Allah, padahal kamu (tadi nya) mati, lalu Dia menghidupkan kamu, kemudian Dia mematikan kamu lalu Dia menghidupkan kamu kembali. Kemudian kepadaNya lah kamu dikembalikan."-Al Baqarah;28

All Rights Reserved.

Saya takkan berhenti sekolah kalau....

Karangan anda haruslah melebihi zzzzzz....


Cool gila sekolah ni ada Haka.

Tengok video ni sambil cakap coooolllliiooo dan sambil cuci mata woff woff. Woh meletup! Anak buah Aznil womeymey.

Ohh ya ya maaf maaf saya sambung saya sambung entry saya. Maaf semua. Maaf.


Haa cair tak? Baik kau jangan jawab. Aku rela tengok yang atas tadi. Hikkks.

Play/Station; Aku nak practise Haka ni. Kau jangan main main. Whateverrr. *tangan ke bahu, mata ke atas*

I've been roaming around, I was looking down at all I see.

Hai, saya seorang loser di mana saya tidak ada sebarang tujuan di dalam hidup. Walaupun menggemari Ashton Kutcher, ini tidak bermakna saya akan tumbuk orang yang kutuk beliau. Jika saya pergi ke restoran dan saya tidak tahu nak makan apa, saya akan pilih makanan yang tidak enak. (mana aku tahu, dah dalam menu nampak psss meleleh air liur). Jika harini saya kutuk Shahir AF8, kau lihat esok lusa tulat tonggeng, pasti senyap senyap aku tulis dalam diary "he he he harini aku stalk Shahir dekat Facebook. Adik dia pun boleh tahan. he he he" Lihat, tidak tetap pendirian. Semalam otak aku kata nak buat seprais dekat belog sendiri. Supaya kalau aku bukak blog aku nanti aku jadi macam ni "ohh-cun nya-belog-siapakah-ini-ohh-tidak-aku-harus-tahu-Facebook nya- ohh-jangan-nanti-dia-terkejut-ohh-yeke?-ohh-mestilah-ohh-hekele-apa-benda-aku-ni" Haa, agak agak macam tu lah. Jadi jadi jadi, OKAY LAH MEMANG LAH AKU NOOB SANGAT LAH SEBAB LAH TAKDE SEBAB LAH. NYAH LAH KAMU SEMUA. Aku rasa macam otak aku dah lost sebab sebab sebab aku nak jadi Lisa Surihani. Ohh tidak. Zassss!

Play/Station; Tujuan aku update blog kali ini adalah untuk memeningkan kepala mak mentua eh eh eh memeningkan kepala kamu semua. Dah, blah! Bye!

Sebelum aku bermula.

Kau tahu tak, aku buat facebook ni masa Form 3 start active masa Form 4. Dan masa Form 5 ni pulak, aku active cari celebrity celebrity Malaysia. Jadi pada hari ini, aku cuba buka fan page Aaron Aziz yang ramai orang cakap dia handsome dalam Nora Elena pathetic tu, bukak bukak aku tengok fuishh, 767,955 orang like. Takot takot. Dan tak ketinggalan dengan 188 friends like this. Aku ingat tak ada orang nak like dia.

Lepastu aku bukak fan page Lisa Surihani pulak. Fuishh, 1551770 orang like. Takot takot. Agak agak kalau aku buat fan page ada orang teringin terlintas hati nak like tak? BAIK KAU JANGAN JAWAB! Lepastu aku pergi fan page Siti Nurhaliza. Dalam hati berbisik " kalau Lisa Surihani dah sejuta lebih Siti tua ni mesti dua juta punya ha ha. " 


Sekali aku masuk fan page dia.... agak agak nya berapa? Cuba check sendiri.


Orang yang dah menang Anugerah Bintang Popular beratus kali kalah dengan orang yang baru dapat satu anugerah tahun ni.


Rasa rasanya Malaysia kena buat award artis paling popular di Facebook. Yelah, Malaysia kan tak ada identiti. Haaaaa bye.


Play/Station; Aku pun tak berapa faham apa yang aku type.


Play/Station 2; Semenjak dua menjak ni penyakit typo aku makin serious. Harus dapat ubat dengan segera!

Indah khabar dari rupa.

Hai apa khabar? Haram J tetiba tanya khabar bukan ada orang nak jawab pun. Seperti manusia typical, bila balik dari holiday pasti mahu cerita heboh sana sini macam jom heboh kecoh cerita pergi mana sekian sekian tetapi aku tidak. Kerana percutian yang agak lama ini hanya membuahkan 5 keping gambar sahaja. Macam cool gila lah kan buat apa ada dslr kalau macam tu.

 Ha amacam? Indah khabar dari rupa tak? Ohh, indah lagi jerawat ku.

Aku rasa macam dah malas nak update. Bye!

Play/Station; Masa dekat Pengkalan Kubor, Kelantan, aku jumpa ramai Maria Elena dengan Hana Tajima. Masa dekat Pasar Payang, Terengganu, lagi lah ramai. Cuba bayangkan mereka ber-Maria Elene dan ber-Hana Tajima, pasti membuahkan hasil peluh yang bertitik titik di tengah kesesakan. Fuhh, memang aku nak tabik.

Play/Station 2; Gila ramai orang dekat Kelantan Terengganu, jalan pun boleh berselisih bahu. Terer betul mereke ber-Maria Elena dan ber-Hana Tajima. Tabik lagi sekali.