Siapa dahsyat?

Sebenarnya aku ada masalah nak eja "dahsyat" ke "dasyat" ahh apa apa lah. DAN AKU PUN ADA MASALAH DENGAN LAPTOP KECIK NI NAK BACKSPACE ASYIK TERTEKAN BENDA LAIN HISH SAHBAR JEH LAH HAKU! Ehh, ter sengau pulak. Maaf. Sekarang semua sibuk dengan Ini Anwar Hadi. Kenapa aku tak rasa apa apa pasal dia? Ohh, lupa nak bagi kredit dekat orang tu. Aku kenal Ini Anwar Hadi sebab Kyra budak form 2 dekat sekolah aku bagitahu. Apa kata kita tukar "bagitahu" ke "beritahu"? Okay, geli. Berbalik kepada Ini Anwar Hadi, kewnapew owang cakarp diew tawk hensem? Ehh, ter tiru Ini Anwar Hadi pulak. Maaf. Bagi aku lelaki macam ni, aku nampak dia cute. Tak, bukan aku menggatal atau nak menggesel, atau nak menggaru. Bukan bukan bukan. Kaw sajew jew nawk nampark kan pewrangai akuw buwruk kawn? Ehh, ter tiru lagi. Maaf maaf maaf. Aku rasa dia cute sebab bukan semua lelaki mampu buat macam Ini Anwar Hadi buat. Kan? Ke aku sorang je yang perasan? Musykil musyil. Dan bukan semua lelaki mampu ber blogging. Kan? Ke aku sorang je yang perasan? Apa apa lah.

Tukar topik mari.

Sebenarnya, aku tiada masalah dengan perempuan pakai sneakers dan berbaju kurung. (Aku pernah buat sekali. Sekali je, sungguh!) Aku tiada masalah dengan perempuan pakai slack/jeans dan berbaju kebaya. Ramping makkk. Pastu pakai skinny. Fusyohh ramping makkk. Kesian aku seumur hidup tak pernah ada kebaya, tak boleh nak buat fashion crime. Dan aku sebenarnya berterima kasih kepada Puan Mama kerana tak pernah kasi aku pakai kebaya semasa kecil kerana aku tengok budak kecil yang memakai kebaya sangat lah aku terasa seperti mahu pengsan. Buruk. Terima kasih sekali lagi ibuku.

Tukar topik mari.

Aku tak suka tengok lelaki yang terlalu suka ber fashion. Kerana bagi aku, kau bukan lelaki sejati. Aku lebih suka melihat lelaki memakai t-shirt, straight cut jeans dan sneakers. Atau pun lelaki yang memakai, kemeja, staright cut jeans dan sneakers. Cukup. Kau nampak hot bagi aku. Bagi aku je lah. Tak payah lebih lebih dengan pakai cermin mata besar walaupun tidak rabun. Memakai handbag walaupun hanya isi dompet dan handphone pula letak dalam pocket. Biasa nya kalau lelaki yang pakai sebegini, aku, abang dan kakak aku akan hehehehe hahahahaha hohohoho cihihihi hua hua hua har har har woihoihoihoihoi etc. Dan aku geli tengok lelaki pakai skinny apalagi perempuan.

Tukar topik mari.

Perempuan yang suka ber fashion ni memang lumrah alam. Hukum alam pun tak boleh nak tolak. Memang perempuan macam ni. Tak kira cantik atau tidak. Tak kira ramping atau tidak. Kau tengok lah, video "How To Wear Hijab Like Me" dekat YouTube memang berjuta juta walaupun semua pakai lebih kurang sama je. Tapi kau tengok, ada tak yang pakai menutup dada tak pun senang cerita yang ikut syarak Islam lah senang. Ada? Ada? Kalau ada please bagi aku link dia. Alhamdulillah ada jugak yang sedar. Bagi aku, mereka tak layak panggil "hijab" sebab hijab ni dalam Islam suatu perkara yang menutup dari rambut, tengkuk sehinggalah ke paras dada. Tak payah nak bangga sangat lah orang ikut kamu. Sebab kamu pun pakai tak ikut cara Islam, pastu mereka tiru pulak cara kamu. Banyak sangat ke pahala kamu nak tanggung dosa dosa beribu ribu orang yang tiru cara kamu? Astaghfirullahalazim, siapa lah aku nak menghukum orang. Maaf.

Sekarang kita tengok siapa dahsyat yang mampu buat satu entry pelbagai topik? Aku ke kamu? hue hue hue hue hue. Bye :D

2 comments: