Aku tiada tajuk bagi entry ini.

Tak nak cakap banyak. Cuma kau tahu lah, sakit hati jugak bila ada orang Islam perangai macam kafir. Atau bak kata orang Perak. Kaper. Hahaha. Tolong. Ini bukan gurauan atau pun sekadar mengisi masa lapang mahupun apa apa lah. Ini sekadar nak memperlihatkan betapa cetek pemikiran artis kita. Ye dok?







Aku tak tahu diorang sekolah mana dulu. Dan aku tak nak tahu pun. Tapi instinct aku kata, diorang sekolah sampai darjah 3 je. Pendidikan Islam tak sempat nak belajar. Mungkin mereka tak tahu, sebenarnya Madrasah Al-Taqwa sebenarnya tempat yang dipandang mulia oleh Allah s.w.t. dan Fuhhh! Istimewa Akustika Amal Al-Taqwa sebenarnya najis. Najis. Menjemput Jaclyn Victor berambut blonde juga tidak menyelesaikan masalah. Sebaliknya mendatangkan pelbagai masalah. Diorang tak rasa ke Agama Islam ni dah macam permainan? Permainan di kalangan artis. Faizal Tahir juga orang yang ada agama tapi kenapa.. okay tak nak cakap. Dosa.

Aku pun pernah duduk dekat rumah anak anak yatim. Every year mak aku hantar. 2-3 minggu belajar kat sana. Jadi aku tahu keadaan dia macam mana. Lebih kurang je macam Madrasah Al-Taqwa tu. Mengaji, belajar agama, tutup aurat 24 hours, hafal al-Quran, solat berjemaah, solat sunat berjemaah, mengaji mengaji mengaji, for sure 24 hours kau menghadap Allah s.w.t. Dan for sure jugak kau cium bau syurga. Sebab itu janji Allah. Kau rasa dengan menanyi macam ni boleh ke tenang kan diorang dalam kubur?


Haa, sama tak macam Malam Akustika tu? Baju hitam dah sama dah. Menyanyi untuk orang yang dah pergi pun sama dah. Cuma tak ada mayat kat tepi je. Nauzubillahiminzalik.


No comments:

Post a Comment